Home » » Testimoni Pengamal Delima

Testimoni Pengamal Delima

Pengalaman dan testimoni dari salah seorang pengamal PERAHAN DELIMA.
Saya mula diperkenalkan dengan pati delima oleh adik saya. Saya mengalami suatu permasalahan di mana semasa saya mengambil wuduk dan menunaikan sembahyang saya seolah-olah terhidu satu bau yang amat busuk beberapa hari. Memandangkan pada masa berkenaan saya menjalankan kerja -kerja merekacipta mesin menghancurkan produk sejuk beku. Tempat kerja dengan surau adalah dekat. Saya sempat membuat pemeriksaan disekeliling surau untuk beberapa ketika tetapi tidak menemui punca bau busuk berkenaan.

Sehinggalah satu saya ada bertanya kepada seorang Ustaz, "ada tak tanda tanda orang yang nak mati dia akan berbau busuk?" Ustaz tanya kenapa? Saya maklumkan bahawa beberapa hari ini bila saya datang ke Surau saya menghidu bau busuk dan seakan-akan bangkai tapi saya dah mencari sekeliling surau dan dalam surau. Ustaz maklum tiada tanda seumpama itu sepanjang beliau ketahui.

Selepas pulang daripada urusan di Kedah saya mula mengambil pati delima sebanyak sesudu besar pagi dan sesudu besar malam sebelum tidur (untuk makluman waktu terbaik meminum pati delima sebelum gosok gigi), selepas kali kedua saya mengalami sakit kepala yang amat sangat, tetapi badan saya segar dan mampu membuat kerja-kerja seumpama tidak sakit. Sakit kepala hilang pada hari ketiga. Saya terus mengambil pati delima setiap hari tanpa henti, masalah bau busuk berterusan hingga ke beberapa tempat terutamanya apabila ke Surau. Setelah habis untuk botol pertama saya meneruskan untuk botol kedua.

Setelah meminum pati delima untuk hari kedua kepala saya terasa amat sakit, namun saya bertenaga dan mampu membuat kerja seperti biasa, (pelik jugak) memandangkan saya telah diberitahu tentang kemungkinan-kemungkinan berlakunya tindakbalas daripada pati delima (dengan izin ALLAH SWT) saya terus meminum setiap hari sehinggalah satu pagi selepas minum saya dalam beberapa minit sahaja kahak mula keluar. Bermula dengan yang berketul hinggalah bercampur darah, setelah lebih kurang 2 minggu mengambil pati delima saya mula mengalami masalah kahak berwarna kekuningan serta kehijauan (seperti warna cendol) berketul-ketul, ada yang agak keras, ketika itu saya masih beranggapan pati delima berjaya membantu mengeluarkan kahak-kahak kotor yang mungkin disebabkan oleh masalah batuk dan selsema atau pun akibat pekerjaan.

Saya terus meminum pati delima bersama keluarga dan anak-anak yang berumur 9 tahun hingga 14 tahun. Pada satu malam isteri memberitahu anak saya yang kedua bongsu (5 tahun) demam sudah beberapa hari, namun ubat yang diberi kurang berkesan. Saya meminta isteri saya mengambil pati delima. Saya katakan padanya kalau Nabi Allah Ayub dihantarkan padanya Buah Delima bagi mengubati penyakit dia, ini kan deman saja. Dengan izin ALLAH SWT anak saya sembuh. Saya teruskan minum pati delima bersama keluarga.

Setelah habis 8 botol mengamalkannya kelainan ketara mula berlaku. Ketika itu kahak bercampur darah keluar setiap pagi selang beberapa minit selepas meminum pati delima. Ketika itu masalah bengkak gusi tidak berlaku lagi sejak meminum pati delima. Pada hari Jumaat ketika dalam perjalanan untuk mengambil wuduk untuk menunaikan solat Jumaat. Bahagian rongga hidung terasa seperti ada sesuatu yang bergerak-gerak. Selang beberapa saat saya mengalami bersin yang agak kuat, ketika itulah hidung saya menghemburkan suatu ketulan berwarna hitam seperti batu karang serta nanah yang berbau sangat busuk keluar melalui hidung. Selepas itu mulut saya semakin kerap mengeluarkan kahak berdarah.

Saya meminum pati delima secara berterusan dan Alhamdulillah syukur pada ALLAH SWT dengan izinnya, saya terselamat dan pulih dari penyakit resdung kronik. Pada bulan Oktober 2010 merupakan tarikh yang sungguh bermakna sebab hidung saya untuk kali pertamanya mengeluarkan hingus (cecair jernih). Kini hidung dan kahak saya bersih. Walaupun telah pulih saya terus mengambil pati delima hingga kini. Ujian darah berkaitan darah tinggi, kencing manis dan kolestrol yang tahun ini Alhamdulillah semuanya masih berada dalam keadan baik. Syukur pada Allah dengan izinya saya sihat.

Malang tidak terbau, pada tanggal 20hb Mei 2011 saya telah mengalami kemalangan dimana 4 jari kiri saya terkapit oleh mesin melipat stainless steel plate, akibat kemalangan itu jari saya hampir hancur. Selepas jari saya dikeluarkan dari mesin bahagian hujung jari menjadi kehitaman, saya hampir pengsan, gelap mata, saya dikejarkan ke Klinik Swasta berdekatan.

Keadaan di Klinik saya diminta melipat hujung jari kelingking, Alhamdulillah setelah semua ujian dijalankan doktor mengesahkan tulang tidak patah atau hancur tetapi tulang lembut sendi mengalami retakan. Jari makin membengkak. Doktor memberi ubat tahan sakit. Sampai dirumah saya terus minum pati delima. Jari berdenyut denyut. Malam saya terus berikhtiar secara kampung (Bomoh Patah) selesai berurut Bomoh bertanya apa amalan hingga jari tak nampak seperti kena mesin pun. Saya meminum pati delima setiap hari. Alhamdulillah jari saya hingga kini tiada kesan kehitaman dan lebam walaupun 2 kuku jari setelah hampir dua bulan keluar yang pecah-pecah dan tertanggal. Syukur dengan izin Allah jari saya kembali pulih seperti sediakala.

Tak rugi mengamalkannya Alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment