Home » » Tembikai adalah makanan kegemaran Rasulullah

Tembikai adalah makanan kegemaran Rasulullah

Tembikai adalah makanan kegemaran Rasulullah . Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmizi bahawa Aisyah r.a. berkata " Rasulullah pernah makan buah tembikai bersama buah tamar basah " Ada juga yang meriwayatkan Rasulullah makan timun bersama tamar . Apapun , kedua-duanya (tembikai dan tamar) bersifat sejuk dan mengandungi banyak air .

      Anas bin Malik menceritakan , " Aku melihat Rasulullah SAW makan tembikai dan tamar ." (Riwayat Tirmizi) . Tembikai dapat mencegah pelbagai jenis penyakit . Ini bertepatan dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir bahawa Rasulullah SAW bersabda , " Makan tembikai sebelum makan makanan berat dapat mencuci perut dan penyakitnya ."


Kebaikan-Kebaikan Buah Tembikai..
  1. Padat Dengan Antioksidan - Sudahlah manis dan berjus , tembikai padat pula dgn antioksidan semula jadi. Tembikai merupakan sumber vitamin C dan vitamin A yang baik serta pekat dgn beta karotena . Antioksidan ini bergerak melalui badan dan meneutralkan radikal bebas . Tembikai yang benar2 masak ranum mempunyai kandungan antioksidan yang banyak . Menurut hasil penyelidikn Universiti Innsbruck , Australia , buah yang masak ranum dan hampir busuk didapati antioksidannya meningkat . Kajian Jabatan Pertanian Amerika Syarikat pula mendapati , jumlah karotenoid di dalam tembikai khasnya likopena dan beta karotena akan meningkat jika buah ini disimpan pd suhu bilik . Hasil kajian ini disiarkan di dalam Jurnal Pertanian dan Kimia Makanan .Radikal bebas ialah bahan di dalam tubuh yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh . Radikal bebas boleh mengoksidakan kolestrol menyebabkan ia melekat di dinding pembuluh darah yang akhirnya membawa kepada serangan jantung dan strok . I juga boleh menyebabkan serangan lelah yang teruk . Radikal bebas juga boleh meningkatkan inflamasi di kalangan penghidap artritis . Selain itu , ia juga boleh merosakkan sel dinding usus dan menukarnya kepada sel kanser . Mujurlah vitamin C dan karotena yang tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung , kanser usus , asma dan simptom artritis . 
  2. Memelihara Jantung - Likopena , sejenis karotenoid yng padat di dalam tembikai mampu memperbaiki fungsi kardiak . Beta karotena yang terkenal dgn sifat antioksidan dan antipenuaannya amat baik utk kesihatan jantung . Ia juga mencegah masalah kardiak yang berkait dgn penuaan . Serat , vitamin C , karotenoid dan potasium tembikai membantu mengurangkan kolestrol , justeru mampu menyelamatkan jantung . Potasium pula mengurangkan risiko serangan jantung .
  3. Kencing Manis - Penghidap kencing manis sering berlapar kerana mereka tidak boleh mengambil makanan ruji dgn banyak kerana memberi kesan yg buruk lkpd penyakit tersebut . Justeru , tembikai boleh dijadikan alternatif bagi mengenyangkan perut . Sepotong besar tembikai masih rendah kalorinya . Air tembikai yang banyak pula boleh mengatasi rasa lapar . Pelbagai vitamin dan mineral tembikai seperti magnesium dan potasium membantu melaraskn fungsi insulin di dalam tubuh dan merendahkan kandungan gula dalam darah . Selain itu , arginina iaitu satu lagi komponen di dlam tembikai berkesan meningkatkan impak insulin ke atas darah . 
  4. Darah Tinggi - Potasium dan magnesium yang hadir di dalam air tembikai sgt baik bagi menurunkan tekanan darah . Karotenoidnya pula menghalang pengerasan dinding-dinding arteri dan vena (urat darah) , sekali gus membantu mengurangkan tekanan darah .
  5. Memelihara Ginjal - Potasium di dalam tembikai membantu membersihkan mendapan toksik di dalam ginjal (buah pinggang). Ia juga sgt membantu mengurangkan kepekatan asid urik di dalam darah , justeru boleh mengelakkan kerosakan ginjal . Kerana tembikai banyak air , ia menggalakkan kencing yang kerap . Kerap kencing akan membersihkan ginjal . Antioksidan tembikai pula memastikan ginjal sentiasa berkeadaan baik .
  6. Macular Degeneration - Ketika kanak-kanak , lobak merh amat baik utk memelihara kesihatan mata . Apabila dewasa , buah-buahan didapati lebih baik dalm memelihara kesihatan mata berbanding sayur-sayuran . Tiga sajian buah-buahan sehari didapati dapat mengurangkan risiko macular degeneration iaitu penyakit mata yang berkait dgn peningkatan usia (ARMD) . Kajian mendapati , pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dgn vitamin antioksidan seperti vitamin A,C dan E, serta karotenoid dpt mengurangkan kerosakan mata yg teruk seperti hilang penglihatan .



Tembikai + Teh Hijau

    Jika makan tembikai , minumlah sekali teh hijau . Menurut artikel yang diterbitkan di dalam Pacific Journal of Clinical Nutrition , pengambilan secara kerap tembikai dan teh hijau amt membantu mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan kaum lelaki .












Penyimpanan Tembikai

Tembikai yang telah dibelah dan dipotong hendaklah dibalut dengan plastik serta disimpan di dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegarannya . 








Penyimpanan Tembikai

Nutrisi dan kesegaran tembikai dan beberapa jenis buah-buahan lain jika dipotong , dapat dikekalkan sehingga enam hingga sembilan hari jika disimpan did alam peti sejuk . Selepas enam hari , vitamin C tembikai merosot 5 peratus . Tembikai yang belum dibelah hendaklah disimpan pada suhu bilik bagi mendapat karotenoid yang maksimum .









sedap lagi berkhasiat

0 comments:

Post a Comment