Home » , » Mengapa perlu : Juice Delima Organik Al-Rumman

Mengapa perlu : Juice Delima Organik Al-Rumman

Mengapa perlu : Juice Delima Organik Al-Rumman

Jus Delima Al-Rumman diperbuat daripada perahan buah delima organic yang terpilih dan bukan daripada pati seperti kebanyakan produk lain yang berada di pasaran. Jus ini juga bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, tambahan gula, penambahan air, tanpa pewarna, tanpa perisa dan tanpa penstabil.
Jus Delima Al-Rumman ini dihasilkan dari buah delima organik yang diperah berserta dengan kulitnya. Proses ini dipantau oleh USDA (United States Department of Agriculture) yang merupakan satu badan dunia yang mengawasi ladang-ladang organik. Ini kerana hanya buah delima yang di tanam secara organic sahaja boleh diperah berserta dengan kulit. Kulit delima banyak mengandungi khasiat sepertimana yang di sebut dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
 Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut - [Diriwayatkanoleh Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni]
Buah Delima adalah buah yang bermusim, Ia sangat banyak pada bulan September hingga Januari. Justeru itu, dengan adanya Jus Delima Al-Rumman yang di keluarkan oleh YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD, masyarakat boleh memanfaatkan khasiat buah delima untuk mencegah dan mengubati pelbagai jenis penyakit sepanjang tahun kerana Jus Delima Al-Rumman boleh disimpan selama dua (2) tahun dari tarikh ia dibotolkan.

KELEBIHAN Perahan DELIMA Organik Al-Rumman


Perahan Jus DELIMA Organik Al-Rumman adalah sumber yang kaya dengan kandungan ‘phytochemical’ untuk kebaikan jantung dan salur darah yang sempurna. Ia bukan sahaja merendahkan tahap kolestrol, tetapi juga merendahkan tekanan darah dan mengurangkan tahap sesak nafas (altherosclerosis). Perahan DELIMA Organik Al-Rumman juga bagus untuk mengelakkan kanser payudara, kanser kelenjar pundi kencing, kanser usus, leukimia, dan juga untuk mengelak perubahan jantung yang ditumbuhi tumor.
DELIMA MEMBANTU MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL

Kebenarannya adalah tahap kolestrol yang buruk boleh membawa risiko yang buruk pada kesihatan. Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kolestrol yang buruk. Kebaikan ini sahaja dapat memberi keajaiban pada kesihatan pengguna.
DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI

 
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila kamu perlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, kamu perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
DELIMA MELAWAN PENYAKIT JANTUNG

 
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

DELIMA MEMBERI DAN MERANGSANG TENAGA BATIN




Jus delima kaya dengan kelebihan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin)

DELIMA MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

DELIMA MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru yang utama mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries).
“Dalam kebanyakan jus, gula hadir secara bebas-dan berbahaya-bentuk,”
Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

DELIMA MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

DELIMA MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Ia hanya boleh dicapai dengan meminum jus delima atau mengambil supplement delima. Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima dimana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Ini adalah kajian terbaru yang diperolehi dari kebaikan jus delima. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

DELIMA MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Ini akan membawa kepada risiko jika manusia tidak mengendahkan kesihatan diri. Jus delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

DELIMA MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

DELIMA MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

DELIMA MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

DELIMA MELINDUNGI OTAK BAYI
Dalam kajian Pediatrik mendapati bahawa meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

DELIMA MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tingi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

DELIMA MELAWAN PENYAKIT GOUT

DELIMA MENGELAK PENYAKIT AWAL PAGI
(ALAHAN IBU MENGANDUNG)

DELIMA MENCANTIK DAN MERAWAT KULIT KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindakbalas bersama sodium, ‘potassium’ mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung), mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

1 comments:

  1. DELIMA JUICE MAKER------MADE IN TURKEY

    It provides easy and rapid squeezing by gaining power
    from expanded internal volume of the juice tray.

    Pomegranate juicer the most significant feature of this
    model: the diameter of the bowl has been designed
    specifically as an even wider.One of the greatest advantages
    of this juicer is that its porringer accords with
    varying sizes of different fruits thanks to its ergonomic
    design. Together with the large volume of the porringer,
    the standard distance between the upper press and
    the filter provide easy and efficient working.
    Note: The bowl, strainer and upper press are much
    larger than Professional type juicer and domestic type
    juicer

    PM FOR MORE DETAILS: 0189013987
    http://www.mudah.my/vi/37564331.htm

    ReplyDelete