Home » » Tip untuk memulakan bisnes sendiri

Tip untuk memulakan bisnes sendiri

oleh :Shamsuddin Kadir

Bismillah. Tip untuk memulakan bisnes sendiri. Terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang perlu bagi memulakan bisnes dengan keadaan kurang berisiko dengan izin Allah.

Antaranya adalah :

1. Tahu kaedah bermula dengan apa yang ada di tangan.
2. Mengamalkan Solat Dhuha.
3. Banyak bersedekah.
4. Jujur (bercakap benar, memberitahu tentang kekurangan sekiranya ada, contohnya apabila menjual kereta kita yang terpakai, perlu diberitahu tentang sejarah kereta ini terutama kemalangan yang pernah dilalui oleh kereta tersebut.)
5. Amanah menjaga kepentingan pelanggan iaitu memastikan mereka tidak dibebani dengan sesuatu yang tidak perlu.
6. Berkawan dengan orang yang buat bisnes yang takut kepada Allah.
7. berkawan dengan orang baik-baik, walaupun diri masih belum baik.
8. Menjaga dan berurusan dengan baik dengan jiran.
9. Menggunakan bahasa yang betul mengikut budaya tempatan, asalkan ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
10. Tiada persaingan sihat ataupun tidak sihat.
11. Memperbanyakkan solat berjemaah.
12. Membuat ujikaji terlebih dahulu sama ada kita lulus ujian kelayakan menjadi orang bisnes.
13. Rasuah, adalah sesuatu yang tiada di dalam kamus bisnes.
14. Banyak mengamalkan bacaan doa.
15. Berhenti menyibuk dengan isu-isu yang tidak berfaedah.
16. Berhenti menyalahkan orang lain kerana tidak berjaya di dalam bisnes.
17. Tidak menunjuk-nunjuk dengan simbol kejayaan palsu, iaitu kereta, rumah besar, gajet, duit dan sebagainya..
18. Dan banyak lagi.

Wallahualam. Lain sekolah, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan.
..

Pengedar : Jus Delima Organik Al-Rumman
http://drusila-store.blogspot.com/
Lot 2, Grd Floor, Bangunan PAS Marang, Depan Masjd Rusila
Tel : 013 991 0717

0 comments:

Post a Comment