Waktu Haram Sembahyang


Berikut adalah waktu yang diharamkan solat (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):

1Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari
2
Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta)
3
Waktu rambang atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat
4Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan
5Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam

Makanan kegemaran Rasulullah.


Barli -   Bagus untuk demam jika dibuat sup.
Kurma -  Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
Buah Tin - Buah dari syurga, boleh mengubati buasir.
Anggur - Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
Madu - Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas,membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.
Tembikai (Segala jenis ) - Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
Susu - Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
Cendawan - Baik untuk mata,perancang keluarga.
Minyak zaitun - Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari
Air - Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

" Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka,'suapkanlah' ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat."

HADIS TENTANG GARAM


Dari Abdullah Bin Umar " Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam"
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam ." Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "


Hadis riwayat Al – Bazzar
Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum & makan. Baginda berkata

"Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."

Dengan mengambil secubit garam dan segelas air tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara keseluruhan, sel-sel badan akan dikembalikan, semua proses kehidupan akan diharmonikan , disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat...

Diet Rasulullah


(2) – Tanyalah Ustaz 26 Ramadhan 1433H (15.08.2012)

Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 172-173:
Alhamdulillah dapat berkumpul dalam majlis ingat-memperingati sebegini. Prinsip makanan Nabi SAW ada 3:
  • Nabi SAW galakkan kita makan makanan yang halal.
  • Nabi SAW larang makan makanan haram.
  • Nabi SAW tidak galakkan makan sesuatu dan ulama mengklasifikasikannya sebagai makruh.
Makanan kegemaran Nabi SAW seperti yang dibincangkan semalam ialah cuka, garam dan zaitun. Dalam satu hadis, Rasullullah SAW bersabda: “Makan dan berminyaklah dengan zaitun karena ia berasal dari pohon yang diberkati (HR. Tirmidzi)”.
Satu lagi makanan kegemaran Nabi SAW ialah kurma. Nabi SAW suka makan kurma jenis 'Rhutob' dan kurma ini bersifat agak panas dan Nabi SAW akan minum air dengan banyak. Daripada kajian, didapati kurma mengandungi 2% protein, 4% serat, 57% glukosa, vitamin A, C, dan garam galian lain seperti zat besi. Oleh itu, seelok-eloknya biarlah di rumah kita sentiasa ada stok kurma. Antara penyakit yang boleh diubati dengan kurma ialah penyakit usus, sembelit, batuk, gatal-gatal tekak, isteri hamil.
Petua jika gatal-gatal tekak: Lenyekkan kurma dan rendam bersama air dan minum. Kurma juga baik untuk seorang wanita hamil dan anak yang dikandungnya. Ada seorang doktor membuat kajian ke atas dirinya ketika mengandung, dan makan kurma sepanjang masa. Anak yang dilahirkan dan didapati kulit anaknya begitu halus dan cantik. Untuk anak kedua, dia tidak makan kurma dan didapati kulit anaknya mengelupas berbanding kulit anak pertama. Kurma juga ada kebaikan untuk penyakit strok.
Minuman yang Nabi SAW sangat suka ialah air kosong. Setiap pagi, Nabi minum sebanyak 3 atau 7 gelas. Jangan sampai kita minum sehingga air berbunyi dalam perut. Oleh itu, ketika di Mekah dan Madinah, banyakkan minum air zam-zam agar kesihatan terjaga. Saya cadangkan minum 3 gelas ketika masuk dan sebelum keluar, InsyaAllah tidak kena batuk atau demam ketika di sana, InsyaAllah.
Nabi SAW juga sangat suka makan buah-buahan segar. Seorang saintis daripada Jerman membuat kajian tentang pemakanan Nabi SAW. Ketika membuat kajian, dia terkena migrain. Dalam kajian dia mendapati Nabi SAW suka minum susu dan buah segar. Pertama dicubanya minum susu, tetapi migrainya bertambah teruk. Kemudian, dicubanya makan buah segar pula, dan didapati migrainya semakin berkurangan.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Apakah makanan yang Nabi SAW langsung tidak sentuh?
J: Makanan yang tak disentuh Nabi SAW ialah makanan yang haram iaitu khinzir, arak., haiwan yang bertaring, haiwan perosak, . Bagi yang 'teringin' untuk merasa atau memasukkan arak dalam masakan → cuba ambil 'air kencing' sendiri dan minum sedikit sahaja. Sanggup tak? Tentu tidak sanggup. Air kencing itu najis dan arak pun najis juga. Oleh itu, walaupun sedikit sahaja, tetap haram menggunakan arak dalam makanan.
S: Jika cacing yang terkandung dalam khinzir dapat diekstrak keluar, bolehkah umat Islam makan khinzir?
J: Daripada kajian, didapati ada 70 penyakit yang berasal daripada khinzir. Jika memakai kulitnya sekalipun, ianya turut memudaratkan.
S: Apakah makanan yang dikategorikan sebagai makanan makruh?
J: Makanan makruh adalah makanan yang halal, tetapi Nabi SAW tidak suka. Contoh amalan pemakanan Nabi SAW:
  • Jika Nabi SAW makan daging/ayam/ikan, dia takkan minum susu. Ada petua orang tua-tua yang mengatakan jika masak kari ikan, tak boleh campur susu. Daripada kajian saintis pula, didapati percampuran kedua-dua bahan ini boleh menyebabkan penyakit berkaitan usus seperti cirit-birit.
  • Seterusnya Nabi SAW juga tidak campur makanan darat dan makanan laut. Dapatan kajian menunjukkan yang makanan darat mempunyai cas positif air, manakala makanan laut mempunyai cas negatif air. Apabila bercampur di dalam perut, tindakbalasnya boleh menyebabkan wujud asid-asid dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit berkaitan usus. Mungkin inilah sebabnya ramai yang tekena penyakit berkaitan usus dan tidak dapat dikenalpasti puncanya.
  • Nabi SAW tak campur cuka dengan susu.
  • Nabi SAW tak campur buah dengan susu.
  • Nabi SAW tak makan bawang. Nabi tak makan kerana tak gemar baunya yang agak tidak menyenangkan. Jika kita dapat menjaga baunya, tiada masalah untuk dimakan.
S: Apakah amalan-amalan Nabi SAW untuk hidup sihat?
J: Pertama – pastikan kita tidak tinggal solat. Beberapa orang Profesor daripada UM yang bukan Muslim ada membuat kajian sains tentang pergerakan dalam solat. Dapatannya menunjukkan yang solat memberi kesihatan yang baik. Kedua - Nabi SAW makan dalam kuantiti yang sedikit. Ketiga - Nabi SAW tidak makan sebelum tidur. Keempat – Nabi SAW kuat bersenam dengan menaiki kuda, berenang dan main pedang. Kelima - Nabi SAW tak mengamalkan tidur selepas Subuh, selepas Asar sehingga Isyak. Selepas Isyak bolehlah tidur.
S: Apakah menu utama Nabi SAW?
J: Makanan yang selalu dihidangkan oleh isteri-isteri Nabi SAW ialah kurma yang direndam air zam-zam. Kedua, Nabi SAW suka makan roti yang dicampur daging dan dibuat dalam bentuk kuah. Ketiga, roti campur/cicah minyak zaitun. Keempat, roti cicah keju. Kelima: Bubur daripada gandum dan susu. Keenam: roti dengan tamar. Ketujuh: Kurma campur mentega. Kelapan: 7 biji kurma yang direndam dalam susu suam setiap pagi. Kesembilan: Kurma dan tembikai. Kesepuluh: Kurma dan timun. Dalam majalah Solusi terbaru, ada diceritakan dengan lebih lanjut tentang diet Nabi SAW. Bolehlah dapatkan untuk rujukan lanjut.
S: Betulkah jika makan kepala ikan boleh menyebabkan kita lupa?
J: Saya sedang buat kajian tentang ini. Daripada hadis Nabi SAW tiada pula larangan memakan kepala ikan. Daripada pemerhatian didapati orang yang bijak pandai pun suka makan kepala ikan. Jadi, kita tidak boleh melarang benda yang Allah sendiri tidak larang.

MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD (SAW


12 MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD (SAW) dan kelebihanya

1.Barli (جو jau)
Baik demam, manakala menggunakan dalam bentuk sup.


2.Kurma (کھجور)
Rasulullah (SAW) berkata bahawa sebuah rumah tanpa Kurma tidak mempunyai makanan. 
Ia juga perlu dimakan pada masa bersalin.
3.Ara (انجير)
Ia adalah buah-buahan dari syurga dan ubat untuk buasir.
4.Anggur (انگور)
Rasulullah (SAW) amat suka anggur - membersihkan darah, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus.

5.Madu (شہد)
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir) 
2. Mencuci perut 
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar 
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu 
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas. 

6.Tembikai (تربوز - خربوزا - سردا)
Rasulullah (SAW) berkata: 'Tiada wanita yang mengandung dan makan tembikai air akan gagal untuk menghasilkan musim bunga yang baik di wajah dan baik dalam watak.
7.susu
Rasulullah (SAW) berkata bahawa susu dari kamu dari haba dari jantung seperti jari dari kamu peluh dari dahi. Ia menguatkan belakang, meningkatkan otak, memperbaharui visi dan memandu dari kealpaan.
8.Cendawan (کھمبي)
Rasulullah (SAW) berkata, cendawan itu adalah penawar yang baik untuk mata, ia juga berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kelahiran dan lumpuh tangkapan.
9.Minyak Zaitun (زيتون)

Rawatan yang sangat baik untuk kulit dan rambut, melengah-lengahkan usia tua, dan merawat radang perut.
10.Delima (انار)
Rasulullah (SAW) berkata ia membersihkan anda Iblis dan aspirasi jahat selama 40 hari.
11.Cuka (سرکہ)
 makanan Nabi Muhammad (SAW) digunakan untuk makan dengan minyak zaitun. 


Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.

12.Air (پاني)
Rasulullah (SAW) berkata minuman yang terbaik di dunia ini adalah air
Minuman Manis dan Sejuk 
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut 
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" 
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan. 
Ringkasan adab minum 
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 
2. Bacalah " Bismillah" 
3. Minum dengan tiga nafas 
4. Minum dalam keadaan duduk 
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri 
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit 
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat